Friday, August 31, 2012

Aku dan Sihir

As salam & selamat pagi....

Hr ni nak cerita psl sihir...perkara yg smkin mnjadi2 skrg ni....kdg2 tidak di sangka kita akan mengalaminya...zuzue bercerita dr pengalaman sndiri..apabila prnh mengalami penyakit akibat di sihir ni...bila org tny mcmana rs di sihir ni..ssh nk ceritakan rasanya kecuali kpd org yg merasainya..
Mesti org lain pelik knp zuzue di sihir..adakah zuzue ni suka sakitkan hati org @ bt org marah smpi sanggup org tu nak mnyihir zuzue...

Nasihat zuzue 1 je, dlm kehidupan kita ni kn byk berhati2..sbbnya kita tak tahu org yg sntiasa kita brhadapan dan berjumpa mmpunyai niat yg baik...mgkn kesilapan zuzue terlalu berterus terang apabila berkawan, adakalanya menimbulkan perasaan krg senang pd kwn tersbt. Keikhlasan kita berkwn telah di salah ertikan.

Kadg2 zuzue terfikir tidak kah ada perasaan bersalah kpd penyihir tu..menganiaya org, mnyusahkan org trmsk org2 yg di sekeliling org yg disihir tu, tak takut ke dia kpd Allah s.w.t., trhadap balasan yg bakal di terima sekiranya pnyihir tu tak sempat brtaubat...blh ke dia mmohon kemaafan kpd org yg di sihir tu...seandainya tidk berkesempatan...bl memikirkn smua tu terutama blsan akhirat, tak dpt di bygkn btapa takutnya zuzue...

Wlu bgma pun, zuzue bersyukur kpd hadrat ilahi, krn doa mrk2 yg mmbantu zuzue, yg bersusah pyh mnolong zuzue..alhamdulilah diri ini smakin sembuh...tak dpt zuzue mmbls segala kesabaran mrk mghadapi karenah sewaktu zuzue tak sihat...t.kasih kpd emak,suami,kluarga mertua,adik-beradik dan jg shbt2 yg mnolong..jasa kalian tidak dpt zuzue lupakan...hanya Allah yg dpt mmbalas segalanya....dan jg kpd kwn yg menganiaya zuzue..kmbali lh ke pangkal jln, semoga Allah mmberi kamu petunjuk kpd jln yg benar.

so di bwh ni ada bbrp cara utk mnghalang diri kita dr di sihir ..InsyaAllah.
selamat beramal...


Petua Untuk Mematahkan Sihir
Pilihan 1: Sentiasa berada dalam wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir tidak dapat menembusi.

Pilihan 2: Amalkan selalu minum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat syifak, minum air tersebut dan baki ¼ nya siram air tersbut ke atas kepala. Jika sihar yang baharu kena akan gugur.
 
Pilihan 3: Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dengan tandas, baca ayat kursi dalam hati siram air limau tadi bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yang dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi kain basahan jangan diperah dan badan jgn dilap biarkan dia kering sendiri. Lepaskan kain basahan ke bawah jangan membuang kain basahan ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai di mana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah mengamal amalan ini, sukar terkena sihir/buatan manusia jahat. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan rasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yang menggetarkan gelombang yang tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu ia akan keluar dari badan kita. Dengan kata lain jika kita di sihirkan, sihir akan gugur..

Pilihan 4: Amalkan menbaca surah Al Jin setiap malam.

Pilihan 5: Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas subuh dan Asar.

Pilihan 6: Untuk mengelak rumah disihir ambil segenggam garam baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda.

Pilihan 7: Tidur dengan berwuduk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagarkan diri.
 
Ref.-Ensaiklopedia Petua Melayu Lama.